September 27, 2011

MUCH ADO ABOUT NOTHING


Assalamualaikum, Hi kawan kawan sayang sayang cinta cinta sekalian. *ehem bajet disitu.


Hari ni nak update pasal trip Teslians ke Lot 10 baru-baru ni untuk menyaksikan play yang bertajuk 'Much Ado About Nothing' (MAAN) which kitorg study dlm subjek ES (literature). Rekha a.k.a representative yang menguruskan segala-galanya dari pengangkutan, tiket, etc. Wah great job. Tp saya dan beberapa org rakan yang lain menaiki kenderaan sendiri, nak pergi awal sbb nak pergi melepak cuci mata makan angin dan mengenyangkan perut terlebih dahulu. Saya dan kawan-kawan pergi naik kereta, MY ATTENTION SEEKER KENARI. Kenapa saya kata kenari saya tu attention seeker ; adalah kerana dia selalu mengeluarkan alunan bunyi yang pelik-pelik ketika orang ramai, dan ketika saya sedang bajet hot drive di tgh tgh high way. Benci !

Okay back to MAAN.

Lot 10 Studio tu boleh tahan juga. Selesa, cantik. Lebih best daripada tempat yang kami selalu tengok play before ni. Saya bersyukur sgt sgt kerana dah baca and study the story before pergi tengok play tu. If not, confirm tak faham sepatah haram pun jalan ceritanya. They did slightly different from the original. Since its a Shakespears', so faham faham lah era macam mana kan cerita ni. Old english. Ish sumpah benci. Tp tp tp, masa play tu, dorg changed to modern version. Means ; dorg tak pakai lah baju kembang kambang bulu bulu bagai tu, dorg pakai baju biasa, but masih guna old-english language.

After spending about 2 hours watching the play, kitorg pun pulang lah ke tempat asal. Entah macam mana boleh sesat -.- sampai mana dah entah. Almaklumlah, saya ni homey person. Selalu jalan org yang drive. Ditambah pula dgn sifat pelupa yang wujud secara semulajadi dlm diri ni, mmg tak lah kalau nak kena ingt jalan. Mood saya pun dah berubah jadi panaaaaaaas. Tp bersabar selagi mampu. Jadi diam kan je, ikut signboard perlahan-lahan (ceh padahal tekan
minyak sampai 180km/j). Tengok muka kawan-kawan dekat blkg dah pucat cuak tapi tak berani nak tegur saya disebabkan kebengisan yang tiba-tiba terserlah. HAHA Finally, yay! sampai juga semula ke cheras. Hantar Aznil ke hostel dan housemates lain ke rumah. Kemudian, straight away saya pulang ke Kajang.

Oh yea, tiba tiba that day Boo ajak lunch dekat A&W! Homagod! Tak biasa. Saya orang kampung. Er pernah makan before tp time tu kecik lagi, time zaman A&W famous dulu dulu kala tu. Dah tak ingt pun macam mana rasa A&W, jadi anggap jelah mcm tak pernah makan kan. Ehem, tp oleh kerana rasa ingin mencuba, kami beramai-ramai sepakat dan bersatu hati untuk makan di situ. Tak disangka, excited melebih-lebih pula makan A&W. Ni baru betul namanya JAKUN ;


Terima kasih.

0 Suara Pelanggan:

Post a Comment