March 1, 2012

Karnival Amal Rumah Baitul Ehsan

Assalamualaikum, Helo :) Apa khabar? Sihat, alhamdulillah. Demam? Hmm :( Pergi klinik okay, jumpa doktor, makan ubat. Nanti melarat lagi teruk.
Harini Tasha nak update pasal show terdekat buat masa ni. Alright guys, this Saturday,
3 Mac 2012 akan diadakan Karnival Amal Rumah Anak-Anak Yatim Baitul Ehsan. Hmm :) Ada banyak aktiviti menarik. Malam tu ada konsert amal. Ada persembahan nasyid, sketsa dan nyanyian. Tasha, Syed Shamim dan ramai lagi akan buat persembahan dekat konsert amal tu nanti. Konsert amal tu start pukul 9mlm sampai 12 tgh mlm rasanya. Syed akan nyanyi satu lagu. Tasha akan nyanyi dua lagu, satu lagu cover, dan satu lagu sendiri. Satu lagu slow, satu lagu catchy. Lagu apa? Tasha tak boleh bagitahu. Rahsiaaaaaa. Meh la dtg :D Ce tengok ni ;


Jom sama-sama ikhlaskan hati, betulkan niat. InshaAllah apa juga yang kita usahakan mendapat berkat dari-Nya.

Terima kasih dekat awakawak semua yang banyak memberi sokongan dan dorongan. Terima kasih juga pada yang banyak menasihati dan mengingatkan Tasha. It shows that you care about me. Thanks. Inshaallah, Tasha akan lebih berhati-hati dan cuba perbaiki kelemahan diri. Terima kasih semua. Assalamualaikum :)

February 27, 2012

This Is Tough. Really.

Hidup tak seindah yang kau gambarkan. Impian yang kau citakan tidak semudah yang kau bayangkan. Ya, ianya sangat benar, dan aku percaya itu.

Caci maki mereka lemparkan sememangnya mengguris perasaanku. Namun, tak pernah sekali pun aku menyalahkan mereka kerana aku tahu mereka tidak mengerti apa yang aku lalui di saat ini. Ya, mungkin di fikiran mereka aku adalah seorang perempuan yang gersangkan perhatian dan populariti. Tidak, kamu salah. Andai kau berada di tempat aku, lalu kau merasai sendiri betapa diri ini meminati bait bait perkataan yang aku luahkan, juga tiap tiap not aku nyanyikan dari bibir ini, ku pasti kau kan fahami ku punya rasa hati. Bukan mudah untuk memuaskan hati semua orang dikala hati sendiri terluka. Aku manusia biasa, penuh dgn silap dan dosa. Ingin merasa bahagia, namun selalu sahaja sengsara. Namun, dunia ini adil.

Bukan pintaku semua jadi begini. Juga bukan inginku buat kau iri hati. Percayalah, diriku tidaklah kaya dan sarat dengan bakat mahupun kebolehan yang perlu dibanggakan. Syukur ke hadrat Illahi kerana mengurniakan sedikit kekuatan dan keyakinan padaku untuk menghiburkan. Aku tak pernah paksa semua untuk mencintai dan menyanjungku kerana aku tahu setiap insan itu punya buah fikiran dan kesukaan masing-masing. Aku sedang cuba. Aku sedang usaha sedaya aku. Aku sedang belajar memahami kalian semua. Ya, aku bakal pendidik. Jujur, aku sangat berharap suatu hari nanti aku mampu jadi seorang pendidik dan pembimbing yang berdedikasi. Janganlah kau letakkan nyanyianku sebagai sesuatu yang merosakkan anak bangsa. Kasihani keluargaku, teman-temanku serta mereka yang menyokong, kerana tak pernah putus mereka doakan kejayaanku, tak pernah lelah mereka mengingatkan aku agar tidak tersasar dan terjelumus ke lembah hina. Kan ku perbaiki tiap salah dan kekuranganku, aku janji itu :)

Aku bahagia pabila setiap hasil dari titisan peluhku mampu menggembirakan kamu. Aku sedih pabila setiap apa yang ku lakukan sebenarnya hanya menyakiti. Apa yang aku miliki ini cuma permulaan, ku mohon agar diberi kekuatan untuk berjuang sehingga penghujung jalan. Tidak seronok pabila orang memalukan dan mengaibkan kita dikhalayak ramai, lebih tak manis pabila orang menyampaikan khabaran dusta tntg diri kita ditelinga-telinga suci. Tapi tak mengapa, mungkin mereka tak faham. Bukan salah mereka :)

Terima kasih setulus hati ini buat semua yang menyayangi, kerana mendinginkan kehangatan amarah dalam jiwa ku, juga menerangi kegelapan malam-malamku. Aku hargai setiap cebis keikhlasan kamu menerima aku seadanya diriku. Alhamdulillah, semakin sukar keadaan semakin bertambah rezeki. Kan sudah ku katakan, dunia ini adil :) Doakan aku, seperti mana aku mendoakan kalian semua. Dengarkanlah, ini lebih susah dan payah dari yang pernah aku fikirkan. Aku sedang belajar mengenalmu, dunia.

Aku kan cuba bangkit sendiri pabila tersungkur jatuh namun aku mohon kalian pimpin aku jikalau aku terlalu lemah untuk bangun semula. Aku sangat menghargai kalian :') Kalian perlu tahu itu. Assalamualaikum :)

Izinkan aku luahkan rasaku seperti kebiasaan aku lakukan sebelum ini. Kali ini saja.
Tasha Manshahar